|
Busana Orang Bugis
Busana bangsawan Bugis banyak mempengaruhi busana tradisional rakyat Selangor. Kain sarung Bugis terkenal sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan Baju Kebaya Labuh. Manakala kaum lelaki pula bergaya dengan Baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok, baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergarus atau bertelepuk perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.
Lelaki menggayakan Baju Melayu Cekak Musang, samping sutera tenun dan bengkung. Wanita memakai Baju Kebaya Labuh, pakaian bangsawan wanita dari sutera. Kebaya dipadankan dengan kain songket dan selendang renda
Lelaki memakai Baju Sikap Pendek dari baldu berhiaskan renda emas. Pakaian ini dilengkapi dengan samping, seluar dan tengkolok bermotifkan bunga penuh. Manakala wanita pula memakai Baju Bodo kain organza, pakaian yang berasal dari daerah Bugis. Baju Bodo bewarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket
Kebaya Labuh organza bersulam labuci, dipadankan kain renda merah berlisu fabrik keemasan
Baju Sikap Selangor berkolar tinggi berbelah hadapan. Dipadankan dengan samping lepas dan tengkolok ikatan Makasar
Kebaya Labuh sifon kuning lembut, dipadankan kain songket bunga tabur dan selendang sifon
Baju Sikap pakaian istiadat yang dilengkapi dengan bengkung dan tengkolok
Baju Bodo dari daerah Bugis dibuat dari kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang emas
Pakaian asal seorang puteri Mandan dari Sulawesi yang diubahsuai dibuat dari kain tenunan nipis dan kainnya baldu bertekat labucci
Pakaian asal seorang puteri Mandan dari Sulawesi yang diubahsuai dibuat dari kain tenunan nipis dan kainnya baldu bertekat labucci
Baju Sikap berkolar tinggi dipadankan dengan Baju Melayu songket dan tengkolok sedondon
Kebaya Labuh songket bunga tabur, bertali pinggang dan pending, diperindah selendang sutera
Lelaki menggayakan pakaian adat masyarakat Banjar yang dilengkapi dengan samping songket dan tengkolok. Wanita menggayakan pakaian adat masyarakat Bugis iaitu Baju Bodo dengan kain sarung tenunan Bugis
Lelaki berbaju Sikap dari kain tenun corak tapak catur. Wanita memakai Baju Kurung dan kain sarung songket
|