Entry: Wednesday, January 23, 2008



BULITEN PENDIDIKAN

 

PERTUBUHAN WARISAN OSMAN SHARIFF

 

Dari Meja Editorial

 

KOMITMEN ANDA adalah NADI KAMI

 

Assalammualaikum.w.b.t

 

Saya teringat pertanyaan saudara sedikit masa lalu tentang jangkaan hayat Pertubuhan Warisan Osman Shariff ini. Mungkin ada baiknya saya ulangi semula jawapan bagi pertanyaan itu. Secara pokoknya, sejauh mana Pertubuhan ini boleh bertahan adalah bergantung kepada sejauh mana komitmen ahli-ahlinya. Dalam erti kata lain ialah komitmen ahli merupakan nadi yang menggerakkannya. Kalau komitmen yang diterima tinggi maka kuatlah ia. Sebaliknya, kalau denyutan nadi tadi makin lemah, maka kita harus bersedia untuk tiba kepenghujung hayatnya.

 

Kita sebenarnya beruntung kerana adanya inisiatif dari saudara-saudara kita untuk merangkai semua keluarga, iaitu dikalangan yang telah terputus hubungan malah ada yang tidak mengenali keluarga yang lain, sejak setahun yang lalu. Dengan tidak mempunyai maksud untuk meninggikan diri, kita harus bangga kerana kita lebih 'advance' dari keluarga-keluarga lain. Sepatutnya dengan usia Pertubuhan yang telah menjangkau setahun lebih, kita patut menjadi lebih matang dan makin rancak merancang untuk mengukuhkan jasa yang telah sama-sama kita bina.

 

Kalau mahu mengikut perkiraan kuantiti dan sedikit kejayaan kita dalam menemukan semula keluarga terdahulu walaupun sebahagiannya sudah berkeluarga, kita sebenarnya adalah dalam satu usrah yang besar. Tapi hanya segelintir sahaja yang benar-benar memberikan komitmen yang padu. Kita tidka terkilan kalau saudara-saudari tidak dapat memberikan komitmen yang sewajarnya kepada Pertubuhan kerana kesibukansaudara dengan kehidupan harian, malah kita berasa bangga kerana dalam masa yang baru setahun jagung, kita mampu juga menghimpun sebanyak yang ada. Seharusnyatidak perlu berlaku sikap merasakan terkongkong dan tidak bebas apabila terikat dengan Pertubuhan. Sesungguhnya serigala akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya, itulah pesanan dan peringatan dari baginda SAW.

 

Bersempena dengan Perjumpaan Pertubuhan Warisan Osman Shariff ini, adalah diharapkan ia akan menjadi medan untuk kita mengeratkan ukhuwwah, bertukar-tukar fikiran dan pengalaman serta saling Bantu membantu untuk menghayati persaudaraan yang terbina. Dalam masa yang sama, kita berdoa agar ia dapat dimanafaatkan sebaik mungkin untuk merangka dan membincangkan agenda serta halatuju Pertubuhan agar dapat dijadikan suatu platform yang mampu menyumbang 'saham' kepada kehidupan kita seterusnya.

 

Kita juga Insya Allah akan cuba menyusun dan mengemaskini struktur Pertubuhan bagi memastikan konsistensinya dalam perlaksanaan program dan aktiviti susulan yang dirancang. Umpamanya untuk mengemaskinikan maklumat peribadi ahli-ahlinya, kerjasama dari saudara-saudari semua sangat diperlukan untuk memudahkan urusan-urusan berkaitan.

 

Sebarang maklumat berkenaan keluarga bolehlah disalurkan terus kepada Biro Maklumat dan Data melalui surat mahupun e-mail kepada hashimsta@yahoo.com. Kita yakin dan percaya, Pertubuhan ini mampu menatijahkan suatu manfaat yang besar untuk kita…khasnya dalam mengelakkan keciciran dari rumpun keluarga kita yang besar. Insya Allah.

 

Sekian, Selamat Berprogram.

Editor

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments