Photobucket



www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws


www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws






Photobucket
   

<< February 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29



AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi :
En. Jamil bin Suleiman

Timbalan Pengerusi :
Mohd Hasri bin Muhammad Yaacob

Setiusaha :
Haji Ahmad Azmi bin Haji Mohamad

Penolong Setiausaha :
Puan Sazila binti Mat Marzuki

Bendahari :
Zullaili bin Mat Daim

AHLI-AHLI JAWATAN KUASA KECIL

En. Ahmad Hamdan bin Mohd Zail
Kamaruddin bin Muhammad Yaacob
En. Jalaluddin bin Zainal Abidin
En. Badrul Shah bin Muhammad Yaacob
Puan Nor Anizar binti Mat Daim
Puan Umi Fatimah binti Zainal Abidin
Puan Salmah binti Muhammad Yaacob
En. Hashim bin Hj. Muhamad
Puan Nor Aliza binti Azman
En. Ahmad Safawi bin Zambri
Puan Noor Hasni binti Hashim
En. Hassan bin Muhamad

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Hasbiah binti Hamdan
Nor Harizah binti Muhamad



Lawati Blog dari Ahli Keluarga






Lawati Foto Page dari Ahli Keluarga





Isu-isu yang dipaparkan



























If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Thursday, January 24, 2008

MOTIVASI KELUARGA

 

SUAMI ISTERI SALING MEMIKAT – DARI USTAZ WAN AKASHAH

 

KEHARMONIAN rumahtangga dan kasih sayang suami isteri akan sentiasa segar jika pasangan bijak dan kreatif memikat pasangan dalam usaha saling melengkapi keperluan dalam perkongsian hidup bersama.

            "Dalam mewujudkan suasana rumahtangga bahagia, pasangan mestilah memahami perwatakan pasangannya, berlebih kurang dan menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada pasangannya.

            "Tidak ada dalam dunia ini yang sempurna kerana segala kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Oleh itu suami isteri mestilah saling melengkapi antara satu sama lain," demikian dijelaskan oelah Ustaz Wan Akashah Wan Abdullah, seorang pendakwah bebas.

            Untuk saling melengkapi antara satu sama lain, ada beberapa pekara perlu dilakukan oleh isteri untuk memenangi hati suami dan begitu juga sebaliknya. Suami juga mestilah pandai memikat hari isteri.

            Menurut kajian, isteri yang meyambut kepulangan suami dengan senyuman dan menghidangkan minuman kegemarannya akan menyuburkan lagi kasih sayang suami isteri.

"Bayangkan dalam kepenatan suami pulang, sampai di muka pintu isteri telah menunggu dengan senyuman manis. Bila duduk sahaja, minuman kegemaran segera dihidangkan. Tentunya, segala kepenatan hilang serta merta dan kekusutan fikiran juga turut hilang.

            "Jika isteri mengamalkan perkara ini, saya percaya bukan sahaja sayang suami semakin subur dan kebaikan isterinya itu akan sentiada menjadi kenangan manis sepanjang perkongsian hidup bersama.

            "oleh itu, para isteri sibuk macam manapun, luangkan masa tidak sampai 15 minit untuk membuka pintu sambil memberikan senyuman kepada suami dan menyediakan minuman kegemarannya.

            "Elakkan dari bertanya pekara yang tidak disukai suami, menimbulkan masalah atau meminta sesuatu diluar kemampuannya pada ketika itu. Biarkanlah dia berehat dan membasuh tekaknya.

            "waktu paling sesuai bagi isteri memulakan pertanyaan atau menyampaikan sesuatu berita iaialah selepas 40 minit berlalu. Paling baik mulakan dengan cerita yang menggembirakannya dan diakhiri dengan cerita kurang baik" ujurnya.

            Jika suami isteri bekerja, Wan Akashah mencadangkan supaya isteri pulang dahulu dari suami supaya boleh bersiap dan menyediakan minuman untuk suami.

            Bila pulang bersama sudah tentu kedua-duanya penat. Kalau tidak dapat kopi atau the, hidangkanlah air sejuk segelas pun sudah memadai untuk membasahkan tekak kerana suami juga faham akan kepenatan dan kesibukan isterinya.

            "Selain menyambut kepulangan suami, isteri juga mestilah memahami keperibadian suaminya melalui riaksi wajah, tutur katanya, cara berpakaian, perbuatan mahupun diamnya. Semua ini boleh ditafsirkan oleh isteri jika mereka benar-benar mengambil berat tentang suaminya.

            "Jika isteri nampak suami itu bermasalah, tunjukkan simpati, beri dorongan dan motivasi dengan kata-kata yang menggembirakannya.

            "Fitrah suami, mereka suka diberi perhatian, dilayan, dibelai dan dimanjakan oleh isteri. Sebab itulah suami mendapat sepenuhnya perhatian dan layanan mesra isteri, tiba-tiba isterinya tiada walaupun sekejap pasti si suami akan rasa kehilangan dan merindui isterinya.

            "Pun begitu dalam kehidupan suami isteri yang saling melengkapi ini, suami juga mesti memberikan perhatian, penghargaan, sanjungan kepada isteri tercinta.

"Kalau suami pulang disambut dengan senyuman dan hidangan air oleh isteri yang berada di rumah, maka tidak salah jika isteri baru pulang dari kerja, sambutlah isteri dengan senyuman sambil bertanya apakah pekara menarik dilalui sepanjang harinya.

"Pertanyaan begini akan menjadikan isteri rasa dihargai suami, apalagi jika suaminya sudi mendengar masalahnya dan memberi dorongan dan pandangan yang baik kepada si isteri untuk lebih berusaha dalam kerjayanya.

"Ini sahaja tidak cukup. Suami juga mestilah pandai memikat isteri dengan kejutan seperti hadiah bunga, barnag kemas atau kad istimewa sebagai tanda penghargaan kepada isteri. Untuk memberi hadiah, tidak perlu tunggu hari lahir isteri atau ulang tahun perkahwinan.

"Suami, jangan kedekut untuk mengucapkan ungkapan kasih saying, pujian dan sebagainya. Walaupun perkataan seperti 'sayang', love you dan 'cantik', walaupun suami anggap remeh tetapi pada isteri menganggap ianya sebagai pernghargaan dan pengiktirafan suami terhadap dirinya" ujur Wan Akashah panjang lebar.

Sebelum mengakhiri topic, Wan Akashah menyatakan suami isteri boleh mengetahui perwatakan pasangan dengan melihat bulan ia dilahirkan.

"Jika pasangan itu dilahirkan pada bulan-bulan ganjil, perwatakkannya lebih lembut, melakukan sesuatu dengan cermat, lebih prihatin, banyak sabar dan tidak suka tergesa-gesa melakukan sesuatu. Begitulah sebaliknya jika pasangan itu dilahirkan pada bulan-bulan genap" ujurnya.

 

Dipetik dari Majalah Perdana

 

Info-Link

Kerlipan Mata

Purata seorang manusia mengerlipkan matanya ialah sekali dalam 6 saat. Sepanjang hidupnya, dianggarkan seorang manusia akan mengerlipkan matanya sebanyak 500 juta kali.


Posted at 07:06 pm by PKOS
Make a comment  

Previous Page Next Page