Sejarah dan asal-usul Keluarga Osman Shariff
Asal usul Keturunan Osman Shariff adalah dari Puak Bugis yang berpusat di Barat Daya Pulau Sulawesi di Indonesia. Perkataan Bugis adalah satu perkataan Melayu yang diperolehi dari perkataan "To Ugi" yang mana "To" bermakna orang dan "Ugi" merujuk kepada raja pertama Kerajaan Bugis lama, Cina.
Sejarah Bugis
Bugis
Orang bugis bersal dari kepualauan Sulawesi di Indonesia dan kini dengan populasi seramai tiga juta, mendiami hampir kesemua kawasan di Sulawesi Selatan. Penalukkan Belnada pada kurun ke-17 menyebabkan sebagagian dari mereka berpindah dan kini telah bercampur dengan suku lain di Sumatra, Kalimantan, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.
Etnik Bugis cukup terkenal di dalam bidang maritim di Kepulauan Melayu dan di Dalam bidang ekonomi. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang berani, lanun yang digeruni dan pedagang yang berjaya. Pusat tumpuan utama bagi kebudayaan dan ekonomi etnik ini adalah Ujung Pandang atau dikenali sebagai Makassar. Orang Bugis juga merupakan penganut agama Islam.
Sejarah Awal Bugis
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ianya dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru.
Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama adat membakar mayat di setengah tempat mula diamalkan. Pada khir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makasar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perubatan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengarah yang besar ke atas Sulawesi Selatan.
Pengislaman Bugis
Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempah masa ini, komuniti Bugis dan Makasar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahn abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makasar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh kerangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ianya bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Ria Lingga ketika itu, Iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah Raja Ali anak Daeng Chelak, Raja Lumu dinobatkan sebagai Sultan Selangor Pertama.