Sempena Genap Setahun Kelahiran Pertubuhan Warisan Osman Shariff
Liku-Liku Sebuah Perjalanan
Bermula dari idea Saudara Ahmad Azmi Haji Mohamad yang berusaha mencari data-data dan maklumat tentang anak-anak cucu Keluarga Osman Shariff yang berada diseluruh tanahair. Dari usaha tersebut, lahirlah idea untuk menghimpunkan keseluruhan Keluarga Osman Shariff.
Bermula dari mesyuarat pertama 3/12/2005 bertempat di rumah Bonda Noriah di Padang Rengas, satu kabinet ahli jawatankuasa sementara yang terdiri daripada wakil dari setiap keluarga telah dilantik.
Bertitik tolak dari itulah, satu persetujuan telah dicapai bagi mengadakan majlis perjumpaan pertama Keluarga Osman Shariff yang kemudiannya telah direalisasikan pada tanggal 12hb Mac 2006, bertempat dirumah Arwah Bonda Zaidah di Bendang Kering selaku anak sulong dari Keluarga Osman Shariff.
Majlis yang telah berjaya menghimpunkan sebahagian besar dari ahli keluarga, telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu menghubungkan tali persaudaraan yang setia terjalin. Pada majlis itu, satu ahli jawatankuasa baru telah dilantik dalam Mestyarat Agong yang telah diadakan.
Diharap dengan perlantikan jawatankuasa ini dapat melancarkan lagi struktur dan memperkemaskan lagi halatuju bagi segala perancangan yang telah, sedang dan balak diatur untuk seluruh ahli keluarga. Diharap juga ianya dapat menyediakan satu medan bagi seluruh ahli keluarga dalam merangka apa juga program, kerjasama dan bantuan dikalangan ahli keluarga.
Bismillahirramhmanirrahim
Kita panjatkan kesyukuran kerana dengan izinNya kita berada disini. Sekalung ucapan terima kasih dihulurkan kepada Pengerusi Pertubuhan ahli jawatankuasa dan juga kepada pihak secara langsung di dalam perlancarkan Majlis Perjumpaan Pertubuhan Warisan Osman Shariff dan juga di dalam penghasilan Buletin Pendidikan yang julung-julung kali diedarkan ini.
Buliten Pendidikan dihasilkan antara lainnya adalah sebagai panduan, kenangan serta wadah di dalam mengerat tali persaudaraan sesame kita. Setiap yang wujud tidak terlepas dari membuat kesilapan, begitu juga dengan Buliten ini tidka seberapa kami amat bersyukur kerana telah berjaya menghasilnya di dalam masa yang singkat dan dengan kakitangan yang terhad. Kami memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan yang tidak disengajakan. Inilah usaha terbaik yang mampu kami sumbangkan buat kali pertama.
Antara isi kandungan yang bakal dimuatkan adalah seperti Motivasi Keluarga, info, perkhabaran dari keluarga dan juga sedikit ilmu yang boleh kita kongsi bersama. Diharap ianya dapat dijadikan sebagai rujukan pendidikan buat kita sekeluarga dan insya Allah, ini kandungannya bakal kita perkembangkan lagi dari masa ke semasa.
Semoga Buletin Pendidikan ini akan diberkati dan mnejadi perantaraan buat kita sebagai jalinan kemesraan yang tiada penghujungnya…
Sekian.
Salam hormat,
Sidang Redaksi
Biro Pendidikan
Posted at 01:51 pm by PKOS