KISAH TAULADAN
KISAH PEMUDA BERIBU BAPAKAN KHINZIR
NABI Musa adalah satu-satunya nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Diatas bukit iatulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihan yang tidak ada pada nabi-nabi yang lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, "Ya Allah, siapakah orang disyurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampong serta tempat tinggalnya. Setelah mendpat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolngan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya, "apa hal ini?" kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh denga kehairanan.
Babi itu dibersihkannya dan dimandikannya dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantat semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?" "Aku agama Tauhid" jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis mengapa kami membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu" kata Nabi Musa.
"Wahai tuan hamba" kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku" sambungnya.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi" tambah pemuda itu lagi.
Demikianlah kisah seorang anak yang tetap taat melayan kedua ibu bapanya walaupun kedua ibu bapanya telah ditukarkan Allah menjadi kepada sehina-hina binatang di muka bumi. Namun di akhir zaman ini, berapa ramaikah anak-anak yang sanggup memperlakukan kedua ibu bapanya sepertimana pemuda itu tadi. Tepuklah dada, tanyalah hati… adakah kita mampu berbakti kepada kedua ibu bapa kita sehingga ke tahap sebegitu sekali???????
Info-Link
Kadar Pernafasan Manusia
Individu yang sihat bernafas 23000 kali dalam dengan menyedut masuk 120.3 kubik meter udara. Dia akan menghasilkan 2 liter air liur dan 1.14 liter peluh.